Rusuhan ISA

Tanggal 1 hb Ogos yang lalu KL telah digemparkan dengan rusuhan bagi membantah dan ada yang menyokong ISA. Boleh dikatakan hampir 60% adalah pelajar IPT. Penulis amat tidak bersetuju dengan rusuhan tersebut, apa faedahnya????? bagi para pelajar, apa yang anda nak buktikan???( duit pun pinjam PTPTN atau biasiswa JPA). Rata-rata yang menyertai perhimpunan tersebut adalah orang MELAYU... percayalah, anda semua telah diperkudakan oleh orang-orang politik (BN?? PR???) yang ada agenda mereka tersendiri. Sebagai pelajar IPT anda seharusnya mengkaji rasionalnya menyokong atau membantah, bukan hanya ikut membuta tuli. Penulis percaya sebahagian besar yang menyertai perhimpunan tersebut tidak tahu pun apa itu ISA, malah ada yang tidak tahu maksud ISA itu sendiri. Ketua kepada perhimpunan tersebut mungkin telah dibayar oleh orang-orang politik (BN???PR???) dan jikalau tertangkap sekurang-kurangnya duit tersebut boleh dibayar sebagai ikat jamin mereka, tapi anda yang lainnya dapat apa???? letih?? kepuasan?? keseronokan?? atau pun pengiktirafan??. Percayalah anda tidak dapat apa-apa manfaat selain memberi keuntungan kepada orng-orang politik (BN???PR???). Kerajaan sebelum itu telah pun menyatakan bahawa mereka sedang mengkaji samada akan memansuhkan atau mengekalkan ISA, jadi buat apa kalian semua berhimpun???. Peniaga adalah golongan yang paling teruk mengalami kerugian, semuanya gara-gara kalian yang ternyata BODOH menyertai perhimpunan tersebut. Ingatlah , mereka juga ingin mencari rezeki untuk menyara keluarga. Imam Syafie Rahimahullah pernah berpesan kepada anak muridnya bahawa jangan sesekali bertaklid iaitu mengikut membabi buta, ini lah kelemahan orang melayu islam pada hari ini, anda yang menyertai perhimpunan tersebut seharusnya mengkaji rasional tindakan anda dan implikasi tehadap negara, orang ramai, peniaga etc. bukan hanya semata-mata mengikut perasaan yang nyatanya didorong oleh orang-orang politik (BN???PR???). Ini bukan caranya untuk membantah atau menyokong ISA. Tahukah anda perhimpunan tempoh hari dianjurkan oleh orang-orang politik (BN???PR???) lebih kepada untuk mengekalkan survival politik golongan tertentu dan bukanya ingin sangat menghapuskan ISA, cuba kalian kaji betul-betul, ini mungkin dirancang oleh badan perisikan (CIA??? Mossad???SID???) sepertimana yang berlaku di iran sekarang, Mosavi secara jelas telah memperoleh sokongan CIA bagi menjatuhkan kerajaan pimpinan Ahmadinejad yang menang menerusi pilihan raya yang sah dan ini tidak mustahil boleh berlaku di negara ini. Lagi satu perkara, penulis yakin bahawa sesiapa pun memerintah Malaysia (BN???PR???) akan tetap mengekalkan ISA, ini kerana ISA merupakan satu mekanisma cegah rintang yang paling berkesan untuk menjamin survival politik orang-orang politik ini (BN???PR???), percayala...Akhir kata penulis ingin mencadangkan bahawa elakkan lah sebarang domonstrasi seperti ini kerana ia hanya menguntungkan golongan yang berkepentingan sahaja, daripada kalian berhimpun untuk menentang ISA kan lebih baik berhimpun bagi menentang kenaikan harga barang ke, kenaikan minyak ke, menentang orang islam berjudi ke, menentang orang islam buat maksiat ke kan lagi elok. FIKIR-FIKIRKANLAH SAUDARA SEAGAMA KU...

0 comments:

Post a Comment