BrahMos sesuai untuk Meko 100

Pengurus Kanan Bahagian Promosi Pasaran BrahMos Praveen Pathak telah mengesahkan bahawa BrahMos sesuai untuk Meko 100 malah pihak BrahMos boleh menghasilkan pelancar jenis X Formation untuk memenuhi keperluan Meko 100 TLDM.  “Memang kita sudah membuat kajian ke atas Meko 100, didapatinya platform sesuai menggunakan BrahMos. Disebabkan tidak ada permintaan pihak TLDM, maka pihak BrahMos tidak dapat mengambil tindakan lanjut.”  Disebabkan pelancar BrahMos dalam perkhidmatan tentera laut India adalah dalam bentuk Inclined Formation Launcher, maka wujud pertanyaan sama ada Inclined Formation ini boleh atau tidak ditukar kepada X Formation Launcher.  Kata Praveen Pathak, ianya tidak menjadi masalah!  Beliau berkata, formasi pelancar BrahMos boleh ditukar atas permintaan pelanggan malah kajian mengeluarkan X Formation pernah dilakukan.  Tambahan Praveen Pathak, BrahMos boleh dipasang pada kapal dalam 500 tan,1000 tan dan 2000 tan ke atas.
Hanya kapal serang laju 500 tan tidak boleh menggunakan sistem pelancar menegak.
“Jadi saya tidak nampak ada masalah untuk mengintergasikan BrahMos dengan kapal buatan negara barat.”

0 comments:

Post a Comment