There is a request from the one of visitor of this blog that ask me to explain about CIWS in Bahasa Malaysia, so now i will explain briefly about what is CIWS in Bahasa Malaysia:
CIWS (sebutan: "Sea-whiz") bermaksud Close- In Weapon System. Sistem ini adalah senjata yang lazimnya (berkaliber 20mm) di pasang pada kapal perang yang bertindak untuk menangkis peluru berpandu anti kapal (harpoon, exocet dan lain2) yang dilancarkan oleh kapal perang musuh dan pesawat dalam jarak yang dekat dalam sesebuah pertempuran. Sistem ini berfungsi secara automatik dan berasingan dan di'configure'kan untuk beberapa parameter seperti mengesan, mencari, penilaian terhadap ancaman, perolehan, menjejak, menembak, memusnahkan target, dan menghentikan tembakan. Larasnya mampu menembak kira2 100 hingga 200 peluru sesaat berterusan sehingga 60 atau 100 pusingan. Keunikan sistem kawalan tembakan secara "closed-loop" yang menjejak (memantau "incoming noise signature") membolehkan sistem ini membetulkan sasaran untuk menembak objek yang berpegerakan pantas (peluru berpandu anti kapal dan pesawat) yang telah menembusi lingkungan sistem pertahanan peringkat pertama (primary defense) kapal.
p/s: TLDM warships (frigate and corvett) should be eqquiped with this kind of system. Maaf sekiranya penjelasan ringkas ini tidak berapa baik kerana amat sukar untuk menjelaskan term2 teknikal dalam Bahasa Malaysia.
(sorry for the worst explanation, because there are a lot of tecnical term that difficult to being explained and interpreted in Bahasa Malaysia).
0 comments:
Post a Comment